Cuti panjang tahun baru China tahun ini tidak kemana-mana cuma berehat dirumah kampung di Melaka.Kalau balik kampung apa lagi makan , masak, dan aktiviti berkebun dan menyapu sampah keliling rumah. Budak-budak pulak seronoklah dah bermain sepuas-puasnya keliling rumah.Kalau duduk KL mana nak dapat berkejar-kejaran keliling rumah.Kalau adapun kena pergi play ground.
Adik ipar pula baru order udang galah dari kawan yang dipancing di Sunggi Linggi Lubuk China berhampiran rumah. Kebetulan kebun mak pula bersempadan dengan sungai Linggi yg memisahkan Negeri Sembilan dan Melaka.Apa lagi gulai udang galah masak lemak cili padi dengan keladi. Memang menjilat jari .Makanlah sepuas-puasnya.
Gambar hiasan sumber google
Keesokan harinya pula kakak kepada adik ipar (Kak Idah dan suaminya Abg Yunus) datang kerumah dari Gemenceh. Kebetulan suaminya memang minat memburu ayam hutan,maka rezeki kami sekeluarga lagilah. Apa lagi dapat hadiah besar 3 ekor ayam hutan yang baru di tembak dikebun sawit.Esoknya menjamu selera lagilah kita dengan rendang ayam hutan. Sehingga menjilat jari.
Esoknya abah pula teringin nak makan otak-otak .Selalunya ada satu gerai kat pekan koboi ni yang jual otak-otak Malangnya cuti hari raya China ni tak ada pulak otak-otak.Cari kat pasar malam pun tak ada. Memang semenjak dua menjak ni abah teringin nak makan otak-otak dan umbut kelapa. Sampai pokok kelapa rendah yg ditanam oleh arwah Pak Njang nak ditebangnya.Semalam belek punya belek kat pokok kelapa tunampak mayang kelapa dah nak keluar.Sayang pulak nak tebang.
Walau bagaimana pun tengah hari ni kita makan asam pedas ikan siakap.Ikan siakap baru naik dari laut memang manis.Di tambah pulak masakan dari air tangan mak, Memang sedap hingga menjilat jari.Habissss
Kebetulan tengah hari tadi adik ,kakak ,anak saudara dan cucu saudara abah datang kerumah melawat abah yang tak sihat.Mendengar cerita abah yang tak sihat rupa-rupanya cucu saudara abah Linda ke bandar Masjid Tanah, jadi dapatlah beli sedikit otak-otak untuk abah.Selepas menghantar otak-otak selang 1 jam adik abah pulak menghantar umbut kelapa.Dan-dan tu juga mak masak lemak umbut kelapa.Nampaknya tertunai jugalah hajat abah nak makan umbut kelapa dan otak-otak.
Malam ni pula pak lang dan mak lang jadi chef buat burger.Kita makan burger.Kalau lapar kita kuar makan kat luar.
Salam widad Kamilah
0 ulasan:
Catat Ulasan