Isnin, 1 November 2010

Percubaan Mendaki Bukit Broga









Assalammualaikum

Minggu lepas my sis dan keluarga bercadang mengikut teman mereka sekeluarga panjat Bukit Broga.Mereka sekeluarga memang dah beberapa kali panjat bukit.Pagi Ahad aku,adik ,adik ipar
dan anak-anak saudara berangkat ke Semenyih.Dari rumah ke Semenyih cuma 12 km aje.Jam 6 pagi bermulalah operasi memanjat bukit.Al maklumlah dah lama tak buat kerja-kerja berat ni paling berat pun berkebun didepan dan belakang rumah jadi penatnya lain.
Cuba jugalah walau pun aku peserta yang paling tua dan yang terkecil anak saudara ku yg berumur 5 tahun Nuh Iskandar.Dengan persediaan kelengkapan "torch light" ,air mineral dan sekeping coklat aku pun memulakanlah pendakian.
Mula-mula naik tu memanglah rasa seronok sebab dah lama tak buat aktiviti macam ni. Bukit yang hendak didaki bukan sebarang bukit kalau tersilap langkah termasuk dalam gaung.Tapi alhamdulillah semuanya ok atas bantuan Azizul yang dah biasa mendaki.Semakin keatas semakin semput rasanya.Orang pula semakin ramai kalau lambat berderet yang menunggu giliran keatas,maklumlah jalannya cuma satu kalau tersangkut kat atas tersekat pula orang bawah nak naik.
Semakin keatas bagi ku yang dah berumur ni semakin kuat halangannya.Bukit kadang kala semakin menegak dan nasib baiklah anak-anak saudaraku yang menghulurkan tangan memberi bantuan.
Sejak awal lagi hati ku berkata kalau percubaan ku ini tidak berjaya aku redha kerana memang kita tidak boleh memaksa diri.Buat setakat yang upaya, tidak nanti orang lain juga yang susah.
Kalau pandang kebawah semakin seriau.Sebab aku memang fobia pada ketinggian.
Sampai pada satu tempat aku berhenti kerana rasa-rasanya dah memang tak tahan nak bawa diri keatas akibat keletihan yang melampau berserta dengan berat badan yang ********.Mereka yang lain meneruskan perjalanan meninggalkan aku mengumpul kekuatan dan mencari tenaga untuk keatas semula.
Selepas semuanya ok aku mendaki perlahan-lahan seorang diri keatas.Orang dah mulai ramai
Daki punya daki tiba-tiba aku rasakan kasut ku terkoyak dan terjulurlah stokin'Kalau koyak sebelah ok lagi ini terkoyak dua-dua belah.Termenung kejap kalau di teruskan perjalanan nanti rabak pula kasut aku.Bila pandang bukit didepan mata yang menegak hampir 90 darjah tu membuat aku patah semangat takut-takut tak terbawa diri keatas.Dan rasa-rasanya memang tak boleh panjatlah ''senang cerita. Akhirnya aku pun mengambil keputusan turun kembali ke bawah setelah 30 minit mendaki.Jadi turunlah sorang-sorang kebawah. Sampai kebawah masuk kereta sambung tidur sementara menunggu mereka yang diatas tu turun.
Balik rumah sambung lagi tidur dan kesemuanya gembira walau pun kepenatan.Ada yang kata tak nak panjat lagi dan ada yang kata nak panjat lagi.

Salam "Widad Kamilah"