Khamis, 24 Februari 2011

Abah masuk Hospital

Assalammualaikum

Khamis lepas cuti hantar abah rutine check up kat hospital Angkatan Tentera Wangsa Maju.
Lepas ambil keputusan darah, dr yg membuat pemeriksaan terperanjat sbb result darah abah pelik.Kata dr. tu kalau bacaan macam ni pakcik dah masuk ICU.Sebab platlate bacaan darah abah rendah.Tambahan pula kaki abah bengkak dan kemungkinan dr kata air banyak dlm badan dan dikhuatiri ada air dalam paru-paru.

Nasib baik Mastura temankan aku hari tu.kalau tak gabra juga sbb tak pernah ada pengalaman hantar orang masuk hospital.

Selepas tu abah dihantar ke wad kecemasan untuk check up semula. Selepas 3 jam menunggu akhirnya semua urusan selesai (x ray, check darah dan kencing) abah dimasukkan kewad.

Alhamdulillah selepas 4 hari di wad dr. membenarkan abah pulang. Alhamdulillah tak ada masalah besar.Cuma abah kena selalu dtg hospital untuk rawatan seterusnya.


Salam Widad Kamilah

0 ulasan:

Catat Ulasan