Selasa, 1 Februari 2011

Ubi Keling

Assalammualaikum

Ubi Keling.jpg

Semalam Hari Wilayah so siapa yg bekerja di KL bercutilah gamaknya.Aku tak kemana-mana cuma lepak-lepak di rumah rumah kakak di Serdang.Ada janji dengan adik angkat nak kerumahnya di sek 14 P.Jaya.Awalnya nak pergi pagi memandangkan anak dan ibunya demam dan batuk2 terpaksalah dia bawa ke kelinik mendapatkan rawatan susulan.

So tangguhlah kewaktu petang dan sampai dirumahnya ,berborak panjanglah sebab lama tak jumpa dan isteri beliau menghidangkan minuman dan biskut untuk dijamah.Pas tu beliau mengeluarkan satu makanan yang tak pernah aku dilihat dan makan .Nama makanan tu ubi keling dan cuma direbus macam keledek. Rasanya macam kacang rebus tapi taklah semanis keledek. Rupanya orang Kelantan biasa makan ubi ni. Bagi aku inilah pertama kali aku lihat dan rasa ubi ni.Kalau dimakan dengan kelapa parut campur gula sedap juga. Atau pun cicah dengan ikan masin dan sambal belacan dan pekena dengan kopi O panas....kaww

Balik kerumah aku sempat pulak search wikipedia pasal ubi keling ni. Ia adalah sejenis ubi kecil yang berwarna hitam.Nama saintifiknya adalah Plectranthus rotundifolius (Poiret) Sprengel. Di Indonesia dikenali sebagai kentang Jawa atau kentang Ireng (Kentang Hitam) dan boleh dimana begitu saja selepas di rebus.

Salam Widad Kamilah

0 ulasan:

Catat Ulasan