Khamis, 24 Februari 2011

Abah masuk Hospital

Assalammualaikum

Khamis lepas cuti hantar abah rutine check up kat hospital Angkatan Tentera Wangsa Maju.
Lepas ambil keputusan darah, dr yg membuat pemeriksaan terperanjat sbb result darah abah pelik.Kata dr. tu kalau bacaan macam ni pakcik dah masuk ICU.Sebab platlate bacaan darah abah rendah.Tambahan pula kaki abah bengkak dan kemungkinan dr kata air banyak dlm badan dan dikhuatiri ada air dalam paru-paru.

Nasib baik Mastura temankan aku hari tu.kalau tak gabra juga sbb tak pernah ada pengalaman hantar orang masuk hospital.

Selepas tu abah dihantar ke wad kecemasan untuk check up semula. Selepas 3 jam menunggu akhirnya semua urusan selesai (x ray, check darah dan kencing) abah dimasukkan kewad.

Alhamdulillah selepas 4 hari di wad dr. membenarkan abah pulang. Alhamdulillah tak ada masalah besar.Cuma abah kena selalu dtg hospital untuk rawatan seterusnya.


Salam Widad Kamilah

Rabu, 23 Februari 2011

Pesanan Buat Diri Ku Yang Lupa

Assalammualaikum

Terbaca beberapa artikel dalam majalah dan blog dan salah satu yg menyentuh minda ku adalah
Amalan-amalan dalam hidup yang boleh menghindarkan kita dari siksa kubur

1.Tidak meninggalkan solat
2.Memperbanyakkan sedekah
3.Membaca Al-Quran
4.Memperbanyakkan amalan membaca tasbih kerana amalan ini akan menyinari kubur dan melapangkannya.

Manakala amalan yang harus kita hindari adalah

1.Jangan berbuat dusta
2. Jangan khianat
3. Jangan suka mengadu domba
4.Jangan kencing sambil berdiri

Salam Widad kamilah

Sabtu, 5 Februari 2011

Udang Galah Lubuk China

Assalammualaikum



Cuti panjang tahun baru China tahun ini tidak kemana-mana cuma berehat dirumah kampung di Melaka.Kalau balik kampung apa lagi makan , masak, dan aktiviti berkebun dan menyapu sampah keliling rumah. Budak-budak pulak seronoklah dah bermain sepuas-puasnya keliling rumah.Kalau duduk KL mana nak dapat berkejar-kejaran keliling rumah.Kalau adapun kena pergi play ground.

Adik ipar pula baru order udang galah dari kawan yang dipancing di Sunggi Linggi Lubuk China berhampiran rumah. Kebetulan kebun mak pula bersempadan dengan sungai Linggi yg memisahkan Negeri Sembilan dan Melaka.Apa lagi gulai udang galah masak lemak cili padi dengan keladi. Memang menjilat jari .Makanlah sepuas-puasnya.



Gambar hiasan sumber google


Keesokan harinya pula kakak kepada adik ipar (Kak Idah dan suaminya Abg Yunus) datang kerumah dari Gemenceh. Kebetulan suaminya memang minat memburu ayam hutan,maka rezeki kami sekeluarga lagilah. Apa lagi dapat hadiah besar 3 ekor ayam hutan yang baru di tembak dikebun sawit.Esoknya menjamu selera lagilah kita dengan rendang ayam hutan. Sehingga menjilat jari.

Esoknya abah pula teringin nak makan otak-otak .Selalunya ada satu gerai kat pekan koboi ni yang jual otak-otak Malangnya cuti hari raya China ni tak ada pulak otak-otak.Cari kat pasar malam pun tak ada. Memang semenjak dua menjak ni abah teringin nak makan otak-otak dan umbut kelapa. Sampai pokok kelapa rendah yg ditanam oleh arwah Pak Njang nak ditebangnya.Semalam belek punya belek kat pokok kelapa tunampak mayang kelapa dah nak keluar.Sayang pulak nak tebang.

Walau bagaimana pun tengah hari ni kita makan asam pedas ikan siakap.Ikan siakap baru naik dari laut memang manis.Di tambah pulak masakan dari air tangan mak, Memang sedap hingga menjilat jari.Habissss


Kebetulan tengah hari tadi adik ,kakak ,anak saudara dan cucu saudara abah datang kerumah melawat abah yang tak sihat.Mendengar cerita abah yang tak sihat rupa-rupanya cucu saudara abah Linda ke bandar Masjid Tanah, jadi dapatlah beli sedikit otak-otak untuk abah.Selepas menghantar otak-otak selang 1 jam adik abah pulak menghantar umbut kelapa.Dan-dan tu juga mak masak lemak umbut kelapa.Nampaknya tertunai jugalah hajat abah nak makan umbut kelapa dan otak-otak.

Malam ni pula pak lang dan mak lang jadi chef buat burger.Kita makan burger.Kalau lapar kita kuar makan kat luar.

Salam widad Kamilah

Rabu, 2 Februari 2011

Nasi Bukhara Lagi

Assalammualaikum

Daging/kambing/ayam menyorok dlm nasi


Hari ini cuti lagi. Cadangnya nak balik ke Melaka almaklumlah dah 3 minggu tak balik. Rumah pun apa lagi... jadi tempat pengumpulan tahi cicak dan tahi lipaslah. Disebabkan my sis masih bekerja hari ni (half day) jadi sebelah petanglah nampaknya.Macam-macam perancangan nak buat hari ini.
Ambil my sis kat ofis dulu .Entah macam mana dia ajaklah pulak makan nasi bukhara kat restoren Syed..apa lagi keBangsarlah kita.My sis minta nasi bukhara kambing , anak saudara minta nasi bukhara daging dan saya pula nasi bukhara ayam. Nah tengok kau setongkol daging dia bagi,Rasa punya rasa nampaknya daging kambing juga yang sedap.Tak habis makan bawa balik bungkus lagi. Alhamdulillah kenyang dibuatnya.

Salam Widad Kamilah


Selasa, 1 Februari 2011

Ubi Keling

Assalammualaikum

Ubi Keling.jpg

Semalam Hari Wilayah so siapa yg bekerja di KL bercutilah gamaknya.Aku tak kemana-mana cuma lepak-lepak di rumah rumah kakak di Serdang.Ada janji dengan adik angkat nak kerumahnya di sek 14 P.Jaya.Awalnya nak pergi pagi memandangkan anak dan ibunya demam dan batuk2 terpaksalah dia bawa ke kelinik mendapatkan rawatan susulan.

So tangguhlah kewaktu petang dan sampai dirumahnya ,berborak panjanglah sebab lama tak jumpa dan isteri beliau menghidangkan minuman dan biskut untuk dijamah.Pas tu beliau mengeluarkan satu makanan yang tak pernah aku dilihat dan makan .Nama makanan tu ubi keling dan cuma direbus macam keledek. Rasanya macam kacang rebus tapi taklah semanis keledek. Rupanya orang Kelantan biasa makan ubi ni. Bagi aku inilah pertama kali aku lihat dan rasa ubi ni.Kalau dimakan dengan kelapa parut campur gula sedap juga. Atau pun cicah dengan ikan masin dan sambal belacan dan pekena dengan kopi O panas....kaww

Balik kerumah aku sempat pulak search wikipedia pasal ubi keling ni. Ia adalah sejenis ubi kecil yang berwarna hitam.Nama saintifiknya adalah Plectranthus rotundifolius (Poiret) Sprengel. Di Indonesia dikenali sebagai kentang Jawa atau kentang Ireng (Kentang Hitam) dan boleh dimana begitu saja selepas di rebus.

Salam Widad Kamilah

Air Oh Air

Assalammualaikum

Air ECPI

Memang dah menjadi amalan ku meminum air ECPI dipejabat sejak lebih setahun yang lalu.Nak menggantikan minuman harian ke air ECPI setiap masa tak mampulah pula.Cuma amalan ni dibuat di pejabat dan sekali2 di rumah.Katanya air ni ada sedikit kelebihan antaranya adalah

- kandungan nya adalah berakali iaitu baik utk keperluan badan
- Molikul airnya lebih kecil drp molikul darah so lebih mudah nutrien2 diangkut keseluruh badan
- bekalan oksigen yg secukupnya
- membantu mengatasi masalah berat badan dan tekanan darah tinggi
- merangsang fungsi organ
- mengurangkan risiko kanser colon
- membantu meningkatkan sistem imunisasi
- membantu masalah migrain dan sakit kepala
- merangsang kecergasan fizikal dan mengatasi masalah kelesuan
- melambatkan proses penuaan dll

Kalau nak tahu kelebihan selanjutnya bukalah laman web ECPI sendiri hehehe.

Memandangkan saya pun "ada" salah satu dari penyakit diatas maka selalulah diambil minuman ini.Sebelum minum tu ditambahlah juga dengan bacaan yasin dan doa syifa sekali. Bukan apa Allah pun suruh kita ikhtiar dan itulah ikhtiar saya dan yang menyembuh adalah juga ia yg maha kuasa.Tambahan lagi kita sendiri yang buat.Alhamdulillah berkat amalan meminumnya lebih setahun memang terasa perubahan dan kesihatan bertambah baik.Bukanlah jadi sihat macam umur dua puluhan tu , tapi bolehlah... sesuai dengan umur.

Suatu hari adalah seorang sahabat tu yg mungkin dah lama melihat saya mengamalkan meminum air ECPI ni.Katanya "Awakkan selalu mengaji dan baca Yassin kan,bagi saya semua air tu adalah sama".Saya dah faham maksud saudara saya tu."Kalau kita yakin pada Allah apa-apa air pun jika dibaca yasin / doa boleh menyembuhkan penyakit dan yang penting keyakinan pada diri kita" katanya.Jawab saya betul..saya setuju dengan kata2 awak tu.Kata saya kalau diberi pilihan air paip biasa dan air Zam-zam, yang mana satu awak pilih . Teman tadi menjawab ' tulah awak masih belum yakin dengan kekuasaan dan keupayaan Allah. Berdesing telinga saya mendengarnya.Entah kenapa tiba-tiba tinggi betul temperature saya bila mendengarnya.Soalan yg sama saya tanya pada teman saya tadi, setelah didesak..akhirnya kata beliau "tentulah saya pilih air zam-zam".Hurrrmmmm kenapa tak pilih air paip ye???

Tambah saya kalau nak memilih kereta kenapa awak tak beli kereta kancil tetapi awak beli kereta yg ratusan ribu ringgit dan gah namanya.Tentu awak tahu kelebihan kereta tu dan kalau nak ikutkan , guna kancil pun sampai gak ke destinasi.macam tulah juga konsep air yang saya pilih untuk minuman saya , saya berusaha untuk memilih air yang terbaik dan ditambah doa dengan Allah dan akhirnya saya bertawakal. Allah juga yang menentukannya.
Begitu juga dengan kisah sahabaat dizaman Rasulullah dahulu , kata Rasulullah pada sahabat yg memelihara kambing ,kamu tambat dulu kambing itu dan selebihnya kamu berserah pada Allah.(Mulalah saya teringatkan dirumah dia pun meminum air ditapis yang dihantar oleh syarikat pembekal air minuman...kenapa dia tak minum air paip ajekan...hehehe jahatlah pulak saya). Astagfirullah alhazim

Sahabat tadi masih mengatakan saya masih belum yakin dengan kuasa Allah.Siapalah dia untuk meletakan saya serta menilai saya disisi Allah. Walau pun saya bukanlah sebaik-baik hamba Allah yang punya banyak kekurangan.

Walau bagaimana pun saya minta maaf kerana berbalah pendapat dengan sahabat saya tadi.Saya hormat pendapat nya dan saya pun nak orang hormat pendapat saya selagi ianya tidak melanggar hukum dan tata susila agama.

Salam Widad kamilah