Selasa, 22 Jun 2010

Penjara Pudu

Assalammualaikum
Apakah usia penjara Pudu selama 118 tahun tidak dilihat sebagai satu elemen sejarah apabila bangunan tersebut akan di runtuhkan bagi merealisasikan satu lagi projek pembangunan di KL - Bernama Radio 24

Mungkin sejarah bukan lagi menjadi kepentingan negara ,cadangan dirobohkan A famosa di Melaka yg menjadi tinggalan sejarah penjajah,ditinggalkan secebis drp bangunan menjadi tinggalan sejarah,cadangan buat pembangunan disekeliling penjara tanpa mengubah struktur bangunan tinggalan sejarah,nilai keuntungan melebihi drp sejarah dimana manusia dilonggokkan dgn wang maka hilanglah maruah utk dipertahankan.

Ada pihak yg sanggup lihat sejarah dihapuskan demi kepentingan diri dan wang ringgit,cadangan dikekalkan sebahagian utk tinggalan sejarah dan tarikan pelancung dan jenerasi muda,kita berhabis2an mengeluarkan duit mencari tinggalan sejarah tapi mereka dgn mudahnya menghapuskan sejarah kerana wang,istilah sejarah semakin tipis,demi pembangunan dan komisyen sejarah diketepikan.

Pembangunan negara kononnya tapi bukan untuk kepentingan rakyat cuma golongan kroni yang mendapat keuntungan,kalau wang diutamakan apa saja boleh digadaikan,idea yang amat dangkal,banyak alternatif lain yg kita boleh cari jika hendak melebarkan jalan,Penjara Pudu boleh dijadikan mercu tanda dan monumen sejarah dan sumber tarikan pelancung, jawapannya mudah $$$$$$$$$,runtuhnya nilai sejarah dan hilangnya jati diri...rakusnya nafsu untuk pembangunan dan walaupun 118 tahun tetapi tiada kebaikan untuk rakyat dan buat apa disimpan hidup perlu diteruskan dan tanah tersebut boleh digunakan ubtuk kebaikan rakyat.

Itulah sebahagian daripada komen2 dari pendengar Radio 24 melalui facebook

Yang pasti pada ku selain daripada bekas banduan dan mereka yang pernah berkhidmat di Penjara Pudu ia menjadi sejarah dalam hidup ku dalam bentuk yang berbeza kerana setiap kali pulang dari sekolah menunggu bas bersebelahan dengan penjara,aku juga melihat bagaimana banduan yang melukis mural yang terpanjang di sekeliling tembok tersebut dan aku terkenangkan makcik "warden" yang setiap kali kami pulang dari sekolah akan menjerit beratur2 jangan berebut2 naik bas dan kami pun bagaikan banduan beratur dengan patuh sekali menaiki bas untuk pulang ke rumah.


Salam "widad kamilah"

0 ulasan:

Catat Ulasan