Rabu, 2 Jun 2010
Gucci
Assalammualaikum
Awal tahun 2010 aku ada membeli seekor kucing semi Persian.Aku namakan dia Gucci sebagai mengambil nama kucing Parsi ku yag terdahulu yang hilang entah kemana.Anak saudara ku Asna yg beria-ia mahukan aku membeli seekor kucing untuknya.Katanya minta ayah belikan kucing dibelikan kura-kura,minta ibu belikan kucing dibelikan Hamster.Akhirnya dapatlah seekor kucing.Gembira bukan mainlah dia.
Gucci akan tinggal dalam kandang pada siang hari cuma akan dibawa keluar pada waktu malam apabila semua kerja rumah dah beres kerana takut ia akan keluar rumah maklumlah tak biasa.Hari siang pula semua orang tak ada di rumah jadi Gucci duduk dlm kandang.
Malam kelmarin seperti biasa aku mengeluarkan ia dari kandang sebab malam ia selalunya akan tidur dalam rumah.Hairan juga sebab selalunya akan mengacau aku dan Asna waktu malam sebab nak tidur sama tapi malam tu tidur tanpa gangguan.Bila bangun pagi aku lihat tandasnya bersih .Aku cuba panggil beberapa kali tapi tiada jawapan.Alamatnya dah hilanglah tu. Rupa-rupanya Gucci telah snick out melalui tingkap atas rumah.Puaslah kita orang cari Gucci keliling rumah tapi tak jumpa.
Asna,Nuri dan Man cari keliling taman sampai pesan pada jiran2 kalau2 ternampak Gucci.Dipejabat pun rasa sedih aje sbb risau apalah yg dia makan sebab dia tak biasa makan nasi atau makanan lain sebab aku tak pernah bagi dia makan selain daripada makanan kucing.
Petang balik dari office aku dan adik pun ronda keliling taman tapi tak jumpa juga Gucci. Sampai di rumah, Man kata Gucci masih belum dijumpai.Nampaknya dah 20jam dia hilang.Man kata mungkin dia dah jauh dari rumah.Semua senyap tak berkata apa-apa mcm semua dah kering air mata terutamanya Asna.
Pada jam 8.00 mlm sedang kita bersiap2 nak makan malam aku cakap pada adik buka pintu depan dan belakang manalah tahu Gucci terbau rumah dan dia akan balik.Tiba-tiba satu rengkuhan pada grill pintu rumah, semua mata tertumpu pada pintu rumah rupa-rupanya si Gucci berlari masuk kedlm rumah.
Alhamdulillah alangkah gembiranya macam nak nangis rupa2nya Gucci balik dengan keletihan.Kalau selalu dia terlalu aktif tapi kali ni dia diam aje mungkin kelaparan seharian tak makan atau puas mencari jalan pulang.
Salam " Widad kamilah"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan