Khamis, 24 Jun 2010

Abang Amin

Assalammualaikum

Minggu lepas semasa melangkah keluar dari kantin pejabat terserempak seorang kawan yang bertanya,tak dengar cerita ke Abg Amin tak sihat..pergilah melawat. Aku tanya kembali Abang Amin sakit apa? lantas jawabnya "pergilah tengok dia ,memang dia tak berapa sihat" Tersentak juga hati maklumlah semenjak Abang Amin bersara jarang sekali aku berjumpa dengan beliau cuma sekali sekala sahaja berborak2 dalam telefon.Pernah satu hari Abang Amin kata semenjak bersara ni dah tak mahu call dia.Bukan tak ingat tapi kadang2 bila sibuk bekerja tu sampai lupa nak calling2.Kalau ada pun setahun sekali dua aje menalipon beliau.

Aku pun tanpa berlengah2 lagi mulalah menekan butang telefon bimbit ku dan mendail nombor Abg Amin.Mendengar suara wanita yang menjawab yang pasti itulah suara Kak Min isteri Abg Amin.Selepas bertanya khabar..barulah Kak Min membuka cerita dan khabarnya doktor telah mengesahkan Abang Amin menghidap Kanser Limfhoma iaitu sejenis kanser darah. Berderau darah ku.Ku tarik nafas panjang-panjangggggggggg...Tak sangka pula Abg Amin yg sihat dan cuma ada darah tinggi mendapat penyakit kanser pula.

Memandangkan esoknya aku bercuti ke Bali maka tak dapatlah menziarah Abg Amin.Selepas kembalinya dari bercuti aku pun call Sulaiman dan Halim dan merekapun terperanjat mendengar cerita terbaru pasal Abg Amin.Kami pun mengaturlah pertemuan untuk menziarah Abg Amin.Lama sungguh tak jumpa .Bukan apa semasa sama-sama bertugas di P.jaya kami berempat adalah geng minum.Setiap pagi berdondon lah kami berempat gi minum...di Seksyen 14,State P.J,Jln Cantek dan P.J Old Town.

Selepas Abg Amin berpindah ke Klang dan terus bersara,aku balik bertugas ke HQ,Sulaiman ke Bangi dan Halim ke Kepong maka jaranglah kami bertemu cuma sesekali hello-hello atau terserempak di HQ.

Rabu lepas kami pun merancang utk menziarah Abg Amin selain dpt menziarah Abg Amin dptlah juga bertukar2 cerita perkembangan terkini.Kepada Abg Amin semoga diberi kekuatan untuk menerima segala dugaan dari Allah dan tabah menghadapi hari-hari yang sukar begitu juga Kak Min.Setiap ujian tentu ada hikmahnya.Memang senang mulut untuk berkata-kata tapi hanya bahu yang menanggung sahaja yang tahu betapa hebat dan beratnya beban yang akan di lalui dan di tanggung.

Setiap kali kupanjatkan doa kepada Allah semoga Abang Amin akan sihat kembali dan Kak Min sekeluarga tabah menghadapi ujian dari Allah.
Amin...

Salam 'Widad Kamilah"

0 ulasan:

Catat Ulasan