Selasa, 29 Jun 2010

Lamb Chop






Assalammualaikum

Dah lama tak makan "Lamb chop" memang sedap kalau siapa yang pandai memasaknya.Tapi ada pulak yang tak boleh makan sebab "fenin" tapi......aku alhamdulillah setakat hari ini oklah pulak.Apa taknya sampai licin pinggan.
Thanks to my sis yang rajin memasak kambing ni.

Salam "Widad kamilah"

Khamis, 24 Jun 2010

Abang Amin

Assalammualaikum

Minggu lepas semasa melangkah keluar dari kantin pejabat terserempak seorang kawan yang bertanya,tak dengar cerita ke Abg Amin tak sihat..pergilah melawat. Aku tanya kembali Abang Amin sakit apa? lantas jawabnya "pergilah tengok dia ,memang dia tak berapa sihat" Tersentak juga hati maklumlah semenjak Abang Amin bersara jarang sekali aku berjumpa dengan beliau cuma sekali sekala sahaja berborak2 dalam telefon.Pernah satu hari Abang Amin kata semenjak bersara ni dah tak mahu call dia.Bukan tak ingat tapi kadang2 bila sibuk bekerja tu sampai lupa nak calling2.Kalau ada pun setahun sekali dua aje menalipon beliau.

Aku pun tanpa berlengah2 lagi mulalah menekan butang telefon bimbit ku dan mendail nombor Abg Amin.Mendengar suara wanita yang menjawab yang pasti itulah suara Kak Min isteri Abg Amin.Selepas bertanya khabar..barulah Kak Min membuka cerita dan khabarnya doktor telah mengesahkan Abang Amin menghidap Kanser Limfhoma iaitu sejenis kanser darah. Berderau darah ku.Ku tarik nafas panjang-panjangggggggggg...Tak sangka pula Abg Amin yg sihat dan cuma ada darah tinggi mendapat penyakit kanser pula.

Memandangkan esoknya aku bercuti ke Bali maka tak dapatlah menziarah Abg Amin.Selepas kembalinya dari bercuti aku pun call Sulaiman dan Halim dan merekapun terperanjat mendengar cerita terbaru pasal Abg Amin.Kami pun mengaturlah pertemuan untuk menziarah Abg Amin.Lama sungguh tak jumpa .Bukan apa semasa sama-sama bertugas di P.jaya kami berempat adalah geng minum.Setiap pagi berdondon lah kami berempat gi minum...di Seksyen 14,State P.J,Jln Cantek dan P.J Old Town.

Selepas Abg Amin berpindah ke Klang dan terus bersara,aku balik bertugas ke HQ,Sulaiman ke Bangi dan Halim ke Kepong maka jaranglah kami bertemu cuma sesekali hello-hello atau terserempak di HQ.

Rabu lepas kami pun merancang utk menziarah Abg Amin selain dpt menziarah Abg Amin dptlah juga bertukar2 cerita perkembangan terkini.Kepada Abg Amin semoga diberi kekuatan untuk menerima segala dugaan dari Allah dan tabah menghadapi hari-hari yang sukar begitu juga Kak Min.Setiap ujian tentu ada hikmahnya.Memang senang mulut untuk berkata-kata tapi hanya bahu yang menanggung sahaja yang tahu betapa hebat dan beratnya beban yang akan di lalui dan di tanggung.

Setiap kali kupanjatkan doa kepada Allah semoga Abang Amin akan sihat kembali dan Kak Min sekeluarga tabah menghadapi ujian dari Allah.
Amin...

Salam 'Widad Kamilah"

Selasa, 22 Jun 2010

Penjara Pudu

Assalammualaikum
Apakah usia penjara Pudu selama 118 tahun tidak dilihat sebagai satu elemen sejarah apabila bangunan tersebut akan di runtuhkan bagi merealisasikan satu lagi projek pembangunan di KL - Bernama Radio 24

Mungkin sejarah bukan lagi menjadi kepentingan negara ,cadangan dirobohkan A famosa di Melaka yg menjadi tinggalan sejarah penjajah,ditinggalkan secebis drp bangunan menjadi tinggalan sejarah,cadangan buat pembangunan disekeliling penjara tanpa mengubah struktur bangunan tinggalan sejarah,nilai keuntungan melebihi drp sejarah dimana manusia dilonggokkan dgn wang maka hilanglah maruah utk dipertahankan.

Ada pihak yg sanggup lihat sejarah dihapuskan demi kepentingan diri dan wang ringgit,cadangan dikekalkan sebahagian utk tinggalan sejarah dan tarikan pelancung dan jenerasi muda,kita berhabis2an mengeluarkan duit mencari tinggalan sejarah tapi mereka dgn mudahnya menghapuskan sejarah kerana wang,istilah sejarah semakin tipis,demi pembangunan dan komisyen sejarah diketepikan.

Pembangunan negara kononnya tapi bukan untuk kepentingan rakyat cuma golongan kroni yang mendapat keuntungan,kalau wang diutamakan apa saja boleh digadaikan,idea yang amat dangkal,banyak alternatif lain yg kita boleh cari jika hendak melebarkan jalan,Penjara Pudu boleh dijadikan mercu tanda dan monumen sejarah dan sumber tarikan pelancung, jawapannya mudah $$$$$$$$$,runtuhnya nilai sejarah dan hilangnya jati diri...rakusnya nafsu untuk pembangunan dan walaupun 118 tahun tetapi tiada kebaikan untuk rakyat dan buat apa disimpan hidup perlu diteruskan dan tanah tersebut boleh digunakan ubtuk kebaikan rakyat.

Itulah sebahagian daripada komen2 dari pendengar Radio 24 melalui facebook

Yang pasti pada ku selain daripada bekas banduan dan mereka yang pernah berkhidmat di Penjara Pudu ia menjadi sejarah dalam hidup ku dalam bentuk yang berbeza kerana setiap kali pulang dari sekolah menunggu bas bersebelahan dengan penjara,aku juga melihat bagaimana banduan yang melukis mural yang terpanjang di sekeliling tembok tersebut dan aku terkenangkan makcik "warden" yang setiap kali kami pulang dari sekolah akan menjerit beratur2 jangan berebut2 naik bas dan kami pun bagaikan banduan beratur dengan patuh sekali menaiki bas untuk pulang ke rumah.


Salam "widad kamilah"

Ahad, 20 Jun 2010

Uluwatu, Bali






Nyaman dan Damai menikmati keindahan ciptaan Allah

Salam "Widad Kamilah"

Selasa, 15 Jun 2010

Belajar Berenang






Minggu ini adalah minggu ketiga Nurin,Nurul, Akram,Arisya dan Hazim menjalani sesi ke 3 belajar berenang.Nampaknya mereka dah boleh berenang cuma Arisya yang masih takut2. Iskandar dan Mastura walau pun pelajar tak rasmi pun sudah boleh berenang.

Salam "Widad kamilah"

Isnin, 7 Jun 2010

Info kasut "Kasut Tinggi Vs Kasut Rendah"




Sesi perkongsian Ilmu
Assalammualaikum

Pakar kesihatan dan kecergasan mendapati wanita yang memakai kasut tumit tinggi 12.7sm atau 5 inci akan memberi kesan kepada kesuburan wanita dan organ dalaman.Mereka juga terdedah kepada sakit leher, sendi, lutut, bahu dan tulang belakang.Tapi ramai wanita seperti saya suka pakai kasut tinggi.Nape ye..

Salam "Widad kamilah"

Sabtu, 5 Jun 2010

Gurame



Assalammualaikum

Melihat-lihat gambar dlm pc terlihat gambar ni.Meleleh pula air liur melihatnya.Lalu aku jadikan gambar ini sebagai screen saver pc dipejabat.Satu hari Zamry call dari rumah dia dan katanya "Aku nak bawa anak-anak dan isteri makan luar , kat restoran mana ya Tie kau pergi tu yg ada gambar makanan kat pc kau tu? Lalu jawab ku itu gambar restoran yg aku pergi terletak di Puncak,Indonesia. Sorry ye Zamry gambar tu membuat air liur kau meleleh.

Salam "Widad kamilah"

Rabu, 2 Jun 2010

Gucci



Assalammualaikum
Awal tahun 2010 aku ada membeli seekor kucing semi Persian.Aku namakan dia Gucci sebagai mengambil nama kucing Parsi ku yag terdahulu yang hilang entah kemana.Anak saudara ku Asna yg beria-ia mahukan aku membeli seekor kucing untuknya.Katanya minta ayah belikan kucing dibelikan kura-kura,minta ibu belikan kucing dibelikan Hamster.Akhirnya dapatlah seekor kucing.Gembira bukan mainlah dia.
Gucci akan tinggal dalam kandang pada siang hari cuma akan dibawa keluar pada waktu malam apabila semua kerja rumah dah beres kerana takut ia akan keluar rumah maklumlah tak biasa.Hari siang pula semua orang tak ada di rumah jadi Gucci duduk dlm kandang.
Malam kelmarin seperti biasa aku mengeluarkan ia dari kandang sebab malam ia selalunya akan tidur dalam rumah.Hairan juga sebab selalunya akan mengacau aku dan Asna waktu malam sebab nak tidur sama tapi malam tu tidur tanpa gangguan.Bila bangun pagi aku lihat tandasnya bersih .Aku cuba panggil beberapa kali tapi tiada jawapan.Alamatnya dah hilanglah tu. Rupa-rupanya Gucci telah snick out melalui tingkap atas rumah.Puaslah kita orang cari Gucci keliling rumah tapi tak jumpa.
Asna,Nuri dan Man cari keliling taman sampai pesan pada jiran2 kalau2 ternampak Gucci.Dipejabat pun rasa sedih aje sbb risau apalah yg dia makan sebab dia tak biasa makan nasi atau makanan lain sebab aku tak pernah bagi dia makan selain daripada makanan kucing.
Petang balik dari office aku dan adik pun ronda keliling taman tapi tak jumpa juga Gucci. Sampai di rumah, Man kata Gucci masih belum dijumpai.Nampaknya dah 20jam dia hilang.Man kata mungkin dia dah jauh dari rumah.Semua senyap tak berkata apa-apa mcm semua dah kering air mata terutamanya Asna.
Pada jam 8.00 mlm sedang kita bersiap2 nak makan malam aku cakap pada adik buka pintu depan dan belakang manalah tahu Gucci terbau rumah dan dia akan balik.Tiba-tiba satu rengkuhan pada grill pintu rumah, semua mata tertumpu pada pintu rumah rupa-rupanya si Gucci berlari masuk kedlm rumah.
Alhamdulillah alangkah gembiranya macam nak nangis rupa2nya Gucci balik dengan keletihan.Kalau selalu dia terlalu aktif tapi kali ni dia diam aje mungkin kelaparan seharian tak makan atau puas mencari jalan pulang.

Salam " Widad kamilah"