Sabtu, 22 Januari 2011

Makan Durian "Musang King"

Assalammualaikum

Tengah hari tadi balik Pandan, as usual minggu ni tak balik ke Melaka.Petang Bukhari pun datang apa lagi budak-budak (Akram,Hazim & Arisya) sibuk nak makan durian.
Lepas maghrib atok kasi duit suruh beli durian ...melompatlah budak2 tu.Malam ni menjamu durianlah kita.Durian "musang king". Memang sedap sebab bijinya kepet sahaja. 3 ulas makan
dah cukup rasanya.Kalau buat kek durian ni memang sedap...tapi malaslah pulak sebab dah lama pencen buat kek ni.

Harga durian yang bagus RM 28 sekilo mak ai. Aku beli yang murah aje RM 15 sekilo jadilah,Alhamdulillah kenyang juga akak sebab bila sendawa tetap bau durian nya sama.

Gambar Hiasan Penambah Selera

.

Salam "Widad Kamilah"

1 ulasan:

Aina berkata...

mahalnya durian...kalau tak duyan biasa RM 10 je dah boleh mkan 4-5 biji atau lebih..

Catat Ulasan