Jumaat, 17 Disember 2010

Riadah & Ziarah Singapura Lagi









Assalammualaikum

Musim cuti persekolah masih belum habis. Awal November 2010 turun ke Singapura bersama-sama keluarga adik kerana ada majlis kahwin sepupu kepada adik ipar (Azman) di Pasir Ris berhampiran Changi.
Mak berpesan kalau turun ke sana pergilah melawat abang saudara (Abg Din) di Bedok . Nada suara seolah-olah bersungguh-sungguh menyuruh kami singgah kerumah Abang Din. Kata adik , kita sewa aje bilik kat hotel berdekatan.Tapi entah macam mana rancang punya rancang,asalnya malam pertama bermalam di Johor aje dan malam kedua baru di Singapura.Disebabkan perancangan awal tak jadi so kita pun rancang terus nak masuk Singapura. Apa lagi kerumah Abg Dinlah kita.Bukan main gembira lagi mendengar nada suara Abg Din bila tahu kita nak turun sana.Dia pelawa untuk tidur rumah dia dua malam tapi ditolak secara baik oleh kami bukan apa tak mahu menyusahkan orang.Satu malam pun dah lebih dari cukup dan terima kasih banyak2 pada Abang Din dan kak Salmah kerana sudi menumpangkan kami bermalam di istana beliau.Paling tidak hajat mak dengan mengirimkan rendang Rembau pada anak saudaranya tercapai.
Disamping tu sempat jugalah Abang Din menurunkan beberapa petua dan resipi kegemaran ,maklumlah chef.Dan apa lagi dapat juga kita belajar cara-cara membuat pizza.Pada sebelah malam pula Abang Din bawa makan sup tulang ala Singapura di Beach Road apa lagi pekena sup tulanglah kita.Keesokan harinya berangkatlah kita ke Sentosa Island pula, apa lagi Universal Studiolah.
Terima kasih pada Abang Din kerana berbesar hati mengajak kami bermalam dirumah dengan hidang makan (nasi briyani) yang best in Singapore , sup tulang dan pizza special Abang Din.
Sampai bermimpilah teringatkan nasi briyani dan kari yang dimasak oleh Abang Din.

Salam Widad kamilah



0 ulasan:

Catat Ulasan