Rabu, 29 Disember 2010

Kedai Emas




Assalammualaikum

Beberapa bulan yang lalu ke kedai emas berdekatan bandar MT bersama my sis.Selain berhajat nak cuci barang kemas yang ada , cuci2 lah juga mata.Manalah tahu tiba-tiba tergerak plak hati nak menambah atau menukar barangan lama.

Sempatlah juga melihat macam mana cara tukang emas tu mencuci barang kemas secara tradisional.Menurut beliau perniagaan ini diwarisi dari ayah beliau , walau bagaimana pun tak seorang pun anak beliau mengikut jejak langkah beliau untuk meneruskan perniagaan emas.

Sambil mencuci barang kemas, aku minta kebenaran untuk mengambil gambar peralatan yang beliau gunakan.Inilah dia mungkin satu hari nanti anak-anak muda atau generasi baru tak pernah lihat peralatan yang digunakan.

Salam Widad kamilah

0 ulasan:

Catat Ulasan