Isnin, 20 September 2010

Lomang

Assalammualaikum

Hari Raya yang lepas tiba-tiba mak bercadang nak buat lemang dengan Indok dikampung. Maklumlah rasanya dah berbelas tahun tak buat lemang sendiri semenjak arwah nenak kembali ke rahmatullah. Selalunya kalau beraya diKL lemang tepi jalan ajelah yg dibeli. Akhirnya dengan bantuan Pak Din dan Indok mencari buluh, dan bahan2 asas akhirnya jadilah kita memasak lemang ini tahun (3 gantang gitu). Memandangkan buluhnya yang comel2 maka dapatlah 53 batang lemang yang dibakar. Alhamdulillah dapatlah beraya dengan menikmati lemang masakan sendiri tahun ini.






Salam "Widad Kamilah"

0 ulasan:

Catat Ulasan