Assalammualaikum
Beliau dikenali sebagai Mak Timah, ada hubungan kekeluargaan dgn bapa saudara sebelah abah.
Pernah tinggal dengan keluarga my sis kerana menjaga anak-anaknya semasa my sis keluar bekerja.Semua anak-anaknya mengenali beliau.Apabila my sis tidak lagi bekerja kerana hendak memberi tumpuan pada anak-anak beliau pun tidak mahu lagi tinggal bersama dan katanya ingin "melantau" dalam slang Siam.
Setelah sekian lama tak berjumpa pada hari raya pertama baru-baru ini beliau dibawa oleh cucunya kerumah ala-ala jejak kasih gitu.Rasanya dan lebih 10 tahun tak jumpa. Malangnya my sis dan anak-anak tak dapat berjumpa beliau kerana beraya di rumah mertua di Perak.
Sayangnya beliau dah tak boleh mengenali sesiapa lagi kecuali 3 orang cucunya dan seorang anak perempuannya.Peristiwa hari ini saja yang boleh diingat.Selepas 24 jam cerita semalam dia dah tak ingat lagi.
Bila ditanya dia kata bagi aku ingat pelan-pelan tapi dia masih gagal untuk mengingati orang-orang yg pernah hidup disekelilingnya.Bila tiba masa hendak pulang dia sedikit emosi seolah-olah sedih kerana tidak dapat mengingati orang yang bertanyakan samada beliau masih mengenali mereka.
Semoga Allah memberi nikmat kesihatan keatas beliau dan dipermudahkan segala urusan dan perjalanan hidup beliau didunia dan akhirat kelak.
Salam "Widad Kamilah:
0 ulasan:
Catat Ulasan