Sabtu, 17 Mac 2012

Miss U Abah




Assalammualaikum

Dah lama tak menulis, paling akhir pada Jun 2011 sekembalinya aku dari menunaikan Umrah.
Macam-macam peristiwa yang membantutkan aku untuk menulis.Entahlah semacam tak ada idea lagi untuk menulis terutamanya selepas kembalinya kerahmatullah ayahanda tercinta .April ni cukuplah setahun kami kehilangan mu.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohmu dan dilepaskan dari siksa kubur serta ditempatkan kelak dikalangan hamba-hamba mu yang solleh. Amin.

Al fatehah
Miss u so much abah.

Rabu, 8 Jun 2011

Umrah Dan Ziarah










Assalammualaikum

Dengan izin Allah sampai juga akhirnya hamba mu ini ketanah suci untuk memunaikan ibadah umrah.Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar.Asalnya kesana bersendirian tanpa teman tetapi bila kembali ketanah air beramai-ramai dengan kenalan baru. Rasa tak cukup hari disana.Insya allah kalau diizinkan akan kembali lagi kesana.Amin

Salam Widad kamilah



Selasa, 8 Mac 2011

Walimatul Urus









Assalammualaikum

Semalam menghadiri majlis pernikahan sahabat lama (actually she's my sister friend/class mate masa sekolah dulu) di Restoran Felda DSaji Jalan Gurney. Majlis pernikahan yang simple dan I like. Walaupun pernikahan mereka bukanlah yang pertama semoga pernikahan ini akan kekal berkekalan hingga hujung nyawa dan diserikan dengan kehadiran cahaya mata.
Silalah jamu mata melihat gambar yang diupload.

Salam Widad Kamilah

Khamis, 24 Februari 2011

Abah masuk Hospital

Assalammualaikum

Khamis lepas cuti hantar abah rutine check up kat hospital Angkatan Tentera Wangsa Maju.
Lepas ambil keputusan darah, dr yg membuat pemeriksaan terperanjat sbb result darah abah pelik.Kata dr. tu kalau bacaan macam ni pakcik dah masuk ICU.Sebab platlate bacaan darah abah rendah.Tambahan pula kaki abah bengkak dan kemungkinan dr kata air banyak dlm badan dan dikhuatiri ada air dalam paru-paru.

Nasib baik Mastura temankan aku hari tu.kalau tak gabra juga sbb tak pernah ada pengalaman hantar orang masuk hospital.

Selepas tu abah dihantar ke wad kecemasan untuk check up semula. Selepas 3 jam menunggu akhirnya semua urusan selesai (x ray, check darah dan kencing) abah dimasukkan kewad.

Alhamdulillah selepas 4 hari di wad dr. membenarkan abah pulang. Alhamdulillah tak ada masalah besar.Cuma abah kena selalu dtg hospital untuk rawatan seterusnya.


Salam Widad Kamilah

Rabu, 23 Februari 2011

Pesanan Buat Diri Ku Yang Lupa

Assalammualaikum

Terbaca beberapa artikel dalam majalah dan blog dan salah satu yg menyentuh minda ku adalah
Amalan-amalan dalam hidup yang boleh menghindarkan kita dari siksa kubur

1.Tidak meninggalkan solat
2.Memperbanyakkan sedekah
3.Membaca Al-Quran
4.Memperbanyakkan amalan membaca tasbih kerana amalan ini akan menyinari kubur dan melapangkannya.

Manakala amalan yang harus kita hindari adalah

1.Jangan berbuat dusta
2. Jangan khianat
3. Jangan suka mengadu domba
4.Jangan kencing sambil berdiri

Salam Widad kamilah

Sabtu, 5 Februari 2011

Udang Galah Lubuk China

Assalammualaikum



Cuti panjang tahun baru China tahun ini tidak kemana-mana cuma berehat dirumah kampung di Melaka.Kalau balik kampung apa lagi makan , masak, dan aktiviti berkebun dan menyapu sampah keliling rumah. Budak-budak pulak seronoklah dah bermain sepuas-puasnya keliling rumah.Kalau duduk KL mana nak dapat berkejar-kejaran keliling rumah.Kalau adapun kena pergi play ground.

Adik ipar pula baru order udang galah dari kawan yang dipancing di Sunggi Linggi Lubuk China berhampiran rumah. Kebetulan kebun mak pula bersempadan dengan sungai Linggi yg memisahkan Negeri Sembilan dan Melaka.Apa lagi gulai udang galah masak lemak cili padi dengan keladi. Memang menjilat jari .Makanlah sepuas-puasnya.



Gambar hiasan sumber google


Keesokan harinya pula kakak kepada adik ipar (Kak Idah dan suaminya Abg Yunus) datang kerumah dari Gemenceh. Kebetulan suaminya memang minat memburu ayam hutan,maka rezeki kami sekeluarga lagilah. Apa lagi dapat hadiah besar 3 ekor ayam hutan yang baru di tembak dikebun sawit.Esoknya menjamu selera lagilah kita dengan rendang ayam hutan. Sehingga menjilat jari.

Esoknya abah pula teringin nak makan otak-otak .Selalunya ada satu gerai kat pekan koboi ni yang jual otak-otak Malangnya cuti hari raya China ni tak ada pulak otak-otak.Cari kat pasar malam pun tak ada. Memang semenjak dua menjak ni abah teringin nak makan otak-otak dan umbut kelapa. Sampai pokok kelapa rendah yg ditanam oleh arwah Pak Njang nak ditebangnya.Semalam belek punya belek kat pokok kelapa tunampak mayang kelapa dah nak keluar.Sayang pulak nak tebang.

Walau bagaimana pun tengah hari ni kita makan asam pedas ikan siakap.Ikan siakap baru naik dari laut memang manis.Di tambah pulak masakan dari air tangan mak, Memang sedap hingga menjilat jari.Habissss


Kebetulan tengah hari tadi adik ,kakak ,anak saudara dan cucu saudara abah datang kerumah melawat abah yang tak sihat.Mendengar cerita abah yang tak sihat rupa-rupanya cucu saudara abah Linda ke bandar Masjid Tanah, jadi dapatlah beli sedikit otak-otak untuk abah.Selepas menghantar otak-otak selang 1 jam adik abah pulak menghantar umbut kelapa.Dan-dan tu juga mak masak lemak umbut kelapa.Nampaknya tertunai jugalah hajat abah nak makan umbut kelapa dan otak-otak.

Malam ni pula pak lang dan mak lang jadi chef buat burger.Kita makan burger.Kalau lapar kita kuar makan kat luar.

Salam widad Kamilah

Rabu, 2 Februari 2011

Nasi Bukhara Lagi

Assalammualaikum

Daging/kambing/ayam menyorok dlm nasi


Hari ini cuti lagi. Cadangnya nak balik ke Melaka almaklumlah dah 3 minggu tak balik. Rumah pun apa lagi... jadi tempat pengumpulan tahi cicak dan tahi lipaslah. Disebabkan my sis masih bekerja hari ni (half day) jadi sebelah petanglah nampaknya.Macam-macam perancangan nak buat hari ini.
Ambil my sis kat ofis dulu .Entah macam mana dia ajaklah pulak makan nasi bukhara kat restoren Syed..apa lagi keBangsarlah kita.My sis minta nasi bukhara kambing , anak saudara minta nasi bukhara daging dan saya pula nasi bukhara ayam. Nah tengok kau setongkol daging dia bagi,Rasa punya rasa nampaknya daging kambing juga yang sedap.Tak habis makan bawa balik bungkus lagi. Alhamdulillah kenyang dibuatnya.

Salam Widad Kamilah