Assalammualaikum
Sepanjang tahun bekerja,kalau nak kira kerja sampai bila-bila pun tak habis.Dengan rakan sepejabat pun kadang2 tak ada masa nak borak lebih2.Tambah2 lagi kalau berlainan tingkat.Pada 26&27 Oct yang lepas berkursus 2 hari di Bangi.Kursus menjurus kepada aktiviti yang lebih santai .Bak kata kawan-kawan ku berkursus ni ibarat sarapan pagi percuma,makan tengah hari percuma dan minum petang percuma.Lebih kepada refresh mind plus dengan aktiviti2 luar yang lebih santai seperti team building dan semangat kerjasama serta memupuk jati diri.
Kalau orang2 tua mcm aku ni rasanya diri memang dah jadi mcm kayu jati .Walau bagaimana pun banyak kenangan manis yang dibawa pulang ke pejabat.
Salam "Widad Kamilah"
0 ulasan:
Catat Ulasan