Assalammualaikum
Secara umumnya ada 4 jenis dan kategori ujian yanag diberikan Allah pada hambanya
1. Ujian untuk mentaati perintah Allah seperti solat , berpuasa,membayar zakat, mengerjakan haji, menutup aurat, berkata yang baik-baik dll.Ia dilihat sebagai ujian bagi melihat ketaatan melaksanakan perintah darinya.
2. Ujian untuk menjauhi larangan Allah seperti meminum arak,mencuri,mengumpat, berbohong dan sebagainya.Ujian larangan ini mengandungi hikmah,manfaat dan kebaikan pada manusia.Cuma keimanan dlm jiwa yg membatasi manusia daripada melepasi sempadan dan had yg ditentukan dlm syariat.
3. Ujian kebaikan iaitu nikmat kekayaan, anak-anak , isteri, kesihatan dan pelbagai lagi nikmat kehidupan.Firman Allah "Sesungguhnya antara isteri2 kamu dan anak2 kamu ada yg menjadi musuh bagi mu.Maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni mereka maka sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang".
4.Ujian keburukan (Musibah)misalnya miskin, sakit,kematian dll.Firman Allah " Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada mu dengan sedikit ketakutan, kelaparan , kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita yg gembira kepada org2 yg sabar iaitu orang yg apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Mereka inilah golongan yg mendapat keberkatan yg sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah orang yg mendapat petunjuk.
Sumber Solusi
Salam Widad kamilah
0 ulasan:
Catat Ulasan