Assalammualaikum
Minggu lepas balik ke Melaka lagi .Almaklumlah tak jauh dari KL.Mak teringin buat bubur lambuk Terengganu untuk disedekahkan pada adik beradik dia di kampung.Apa lagi memandangkan dibelakang rumah Wan Andak tu banyak pokok paku merah apa lagi operasi mencari bahan2 yang diperlukan bermulalah.Bubur ni tak sama dengan bubur lambuk yang biasa orang KL buat. Ia berbeza dan bagi keluarga ku inilah bubur lambuk yang kami tahu sejak berpuluh-puluh tahun lagi.Bezanya ia dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
Kalau membuat bubur ni tak cukup syarat kalau tak ada pucuk paku merah.Memandangkan kat KL jarang-jarang dapat pucuk paku merah jadi kadang-kadang apabila mak teringin membuatnya tak taruhlah pucuk paku.
Selain dari pucuk paku merah ,ubi keledek ,pucuk ubi, daun kunyit, pucuk labu,pucuk melinjau dan kangkung pun dah memadai.Sebenarnya macam2pucuk boleh masuk cuma susah nak dapat aje. Lepas tu tak lupa ikan bakar,udang hidup dan udang kering dan santan serta lada hitam , bawang dan halia.
Kalau makan mesti bertambah cukup enak dan lebih istimewa jika berbuka puasa dengan bubur ini.Rasanya bubur ni complete dengan segala macam zat dan vitamin.
Teringat semasa aku ke Sarawak membawa kedua orang tua.Kalau pergi ke pasar Satok dan Serian segala macam ulam dan pucuk boleh didapati.Apa lagi mak dan mak saudara tak lepas peluang buat bubur lambuk ni sebab senang nak cari bahan-bahannya.
Selepas masak diagih-agihkan ke rumah mak saudara berdekatan dan ada pula yang kata tak cukup. Maaflah ye kalau nak makan banyak buat sendiri..sebab memang tak cukup pun.
Salam "Widad Kamilah"