Isnin, 5 Julai 2010

Home Sweet Home






Assalammualaikum

Dah lama tak pulang ke Melaka dah nak hampir 1 bulan,sampai uncle (jiran) depan rumah meninggal dunia pun tak tahu maklumlah tak ada no telefon(al fatihah). Dalam rumah apa lagi tahi cicak berkilo2lah.Pokok buluh madu yang ditanam oleh my fren Pom dah tinggi mengalah.Pokok kalatia yg ditanam dikiri kanan pagar aje subur hingga menutup kotak surat sampai posmen kena selak2 daun untuk masukkan surat.Apa taknya daun dah mcm daun pisang boleh buat payung kalau hujan.Teringat plak lagu dangdut Amelina dgn Iwan.
Bila hujan tengah hari semalam aku tengok pokok2 tu macam gembira aje kena mandi air mineral dari langit.Apa taknya tiap2 hari disirami air paip berklorin sekali2 nak gak rasa air mineral.
Entahlah bilalah tuan rumah ni nak menetap terus disini....atau ia akan terus menjadi rumah percutian dihujung minggu.

Sala, "Widad kamilah"

0 ulasan:

Catat Ulasan