Sabtu, 31 Julai 2010

Steam Boat






Balik ke Melaka minggu ni.Berkumpul adik beradik cuma Kak Izah saja yg tak dapat balik kerana balik ke Perak rumah mak mertua.
Berkumpul sembahyang jemaah dan baca yasin adik beradik kerana menyambut Ramadhan.
Pas tu apa lagi acara makanlah.Steam Boat buat sendiri oleh my sis dari resipi Auntie Farah Abdullah. (original chinese recipe).Menjilat jari semua.

Salam "Widad Kamilah"

















Ahad, 18 Julai 2010

Rebung

Assalammualaikum

Semalam , balik ke Melaka sebelum sampai ke rumah singgah sekejap ke tapak rumah arwah nenak.Melihat pokok-pokok yang ditanam oleh arwah atok dan nenek.Disamping itu melihat pokok-pokok baru yang ditanam oleh Pak Itam.
Sambil merayau-rayau keliling rumah terpandang pokok buluh betung yang rasanya dah puluhan tahun hidup sedari kecil memang dah ada pokok tu.
Kata Indok kalau nak makan rebung pergilah ambil sendiri dari pangkal buluh tu sebab dia dah tak larat nak mengerjakannya. Apa lagi aku dan sepupu ( Hazmi & Haniz) serta anak saudara Diyana memulakan lah operasi menjejak anak-anak buluh betung.




Pengalaman pertaman kali mencari rebung.Kononnya hebat.Masya allah kalau tak tahu teknik berpeluh dibuatnya.

Rupanya dia nak orang yang pakar juga.Kalau tak ada pengalaman susah tu.





Inilah hasilnya rebung yang belum diproses dan di bersihkan

Apa lagi angkatlah jangan nak pandang aje. Makan pandai
Inilah hasilnya rebung boleh dijeruk atau terus dimasak.



Salam "Widad kamilah"

Khamis, 15 Julai 2010

Lukisan - Bali Part II

src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnQdpdkw2jpAh9X8sE1R2ZeTHO_GJ_3SlbG58VVuRfgyS-ePdPUAVJ9r32rDgZR1_P8rWoqs_kAp5TaeZZS4MZzZCbHu7vMI71TRfQOjI9f7tRQOs5TCgdhUOoLSiplaXHma_OvymRl4Cd/s320/17062010828.jpg" border="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5494377482880176034" />




Assalammualaikum

Cakap pada diri sendiri supaya tidak terjebak bila melihat lukisan2 ini.Tapi apakan daya aku kalah pada perasaan ku sendiri.Akhirnya terbeli juga sebuah lukisan disalah sebuah galeri lukisan yang dilawati.Takpe-takpe pujuk hati katakan pada diri sendiri...aku hadiahkan untuk diri ku hahaha.


Salam "Widad kamilah"

Uluwatu Lace





Assalammualaikum

Jun lepas Ke bali, jalan-jalan menikmati keindahan alam dan melawat kilang batik,kilang silver dan lain-lain tempat menarik .Yang menjadi tarikan bagi orang perempuan macam aku dan my sis adalah baju sulamnya.Expecially "Uluwatu Lace".Kalau kat Malaysia ada satu cawangannya di KL tapi harganya mak aii.Memandangkan dah sampai tak beli nanti ralat pulak jadi belilah satu sebagai tanda kenang-kenangan.Yang uniknya setiap baju sulam yang dijual disertakan tag nama pekerja yang menjahit sulaman tersebut sebagai tanda exlusive.
Alhamdulillah dapatlah satu hadiah untuk diri sendiri.Penat kerja cari duit maa...

Salam "Widad Kamilah"

Isnin, 12 Julai 2010

Rossa

Kala malam bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
Dan mulai turun setetes air langit dari tubuhnya
Tanpa sedar nikmatnya alam karena kuasa mu
Yang takkan hadir sampai diakhir waktu
Perjalanan ini

Terima kasih ku pada mu tuhan ku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya diri mu yang tahu
Besar rasa cinta ku pada mu
Oh tuhan anugerahmu tak pernah berhenti
Selalu datang kepada ku
Tuhan semesta alam
Dan satu janji ku
Takkan berpaling dari mu
Terima kasih Ya Allah ,tuhan ku anugerahmu
Anugerah mu
Tuhan sisihkan semua aral melintang di hadapan ku
Dan buat terang suluh jalan hidup ku melangkah
Terima kasih ku pada mu tuhan ku, tak mungkin dapat terlukis oleh kata2
Hanya diri mu yang tahu besar rasa cinta ku pada mu
Oh tuhan anugerah mu tak pernah berhenti selalu dtg kepada ku
Tuhan semesta alam dan satu janji ku takkan berpaling dari mu.

Salam "Widad kamilah"

Ahad, 11 Julai 2010

Bandung & Jakarta 2009











Assalammualaikum

Rasanya dah beberapa kali ke Bandung dan Jakarta sampai setahun 2 dan 3 kali kesana tapi tak pernah merakamkan gambar semasa disana.Maklumlah rumah kedua ngeh..ngeh..ngeh..Hanya pada tahun lepas semasa membawa mak,abah dan mak lang serta family adik saja berkesempatan merakamkan gambar-gambar disana. Itu pun orang lain punya kamera.

Abah pernah ke Bali ,Bandung dan Jakarta 36 tahun yang lalu kerana bertugas.Cuma pada tahun 2007 ke Jakarta tapi tak dapat jalan-jalan kerana demam panas,jadi duduk aje kat hotel. Cuma pada tahun lepas kesana semula dan abah berhajat ke Istana Presiden,Musium Tentera dan Lubang Buaya di Jakarta. Akhirnya impian abah tercapai juga untuk melawat tempat2 tersebut.

Salam "Widad kamilah"

Isnin, 5 Julai 2010

Home Sweet Home






Assalammualaikum

Dah lama tak pulang ke Melaka dah nak hampir 1 bulan,sampai uncle (jiran) depan rumah meninggal dunia pun tak tahu maklumlah tak ada no telefon(al fatihah). Dalam rumah apa lagi tahi cicak berkilo2lah.Pokok buluh madu yang ditanam oleh my fren Pom dah tinggi mengalah.Pokok kalatia yg ditanam dikiri kanan pagar aje subur hingga menutup kotak surat sampai posmen kena selak2 daun untuk masukkan surat.Apa taknya daun dah mcm daun pisang boleh buat payung kalau hujan.Teringat plak lagu dangdut Amelina dgn Iwan.
Bila hujan tengah hari semalam aku tengok pokok2 tu macam gembira aje kena mandi air mineral dari langit.Apa taknya tiap2 hari disirami air paip berklorin sekali2 nak gak rasa air mineral.
Entahlah bilalah tuan rumah ni nak menetap terus disini....atau ia akan terus menjadi rumah percutian dihujung minggu.

Sala, "Widad kamilah"

Ahad, 4 Julai 2010

Khenduri







Minggu lepas membawa parent ke Melaka ada khenduri arwah.Macam-macam lauk dihidangkan menyelerakan tapi tak boleh makan banyak-banyak macam muda2 dulu.Kalau tengok semua nak makan tapi kena beringat-ingat maa.Sungguh menyelerakan.Daging salai masak cili api,kari kambing,labu masak lemak,ayam goreng dan ayam kampung masak rendang. Dalam banyak-banyak makanan yg dihidangkan aku tertarik pada satu kueh apam yang dibungkus dalam daun rambai. Pertama kali dalam hidup melihat kueh tu.Sedap juga rasanya sebab lain dari yang lain.

Salam "Widad Kamilah"

Pelangi




Assalammualaikum

Balik dari kerja semasa sedang memandu hujan baru berhenti, semasa membelokkan kenderaan kekiri memasuki jalan ke rumah terpandangkan pelangi yg muncul selepas hujan berhenti.Separa bola membuatkan aku terpegun melihatnya.

Salam "Widad Kamilah"