Ahad, 30 Mei 2010

Sahabat

(Isnin 31/05/2010)
Assalammualaikum
"Pesanan Dari Seorang Sahabat"

Apabila kita ingin bersahabat,janganlah kerana kelebihannya kerana mungkin dengan satu kelemahan yg dilakukannya,kita mungkin akan menjauhinya.
Andai kita ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dengan satu keburukan, kita akan membencinya.
Andai kita inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tidak pandai menceriakan, kita akan menyalahkannya.
Andai kita ingin sahabat yang satu,janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kita mungkin akan menfitnahnya.
Andai kita ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa
Jangan diharapkan terlalu sempurna, kerana kita sendiri pun tidak tahu apakah diri kita sendiri sudah cukup sempurna mengikut kehendak Allah SWT yang sebenar-benarnya.
...
Oleh itu bersederhanalah dalam persahabatan nescaya kita tidak akan melihat kelemahan itu sebagai satu kelemahan

Salam "Widad kamilah"

Breakfast Free Lagi

(Isnin 31/05/10)
Assalammualaikum

Selepas bercuti dan berkursus ( 4 hari tak masuk pejabat) hari ini mula bekerja balik.Badan rasa penat dan malas aje nak pergi kerja.Maklumlah cuti2 pun bukan lepak kat rumah aje. Mula dari berkursus pada Khamis,menziarahi kematian sahabat keluarga terdekat pada Jumaat,menghantar anak2 saudara belajar berenang pada Sabtu dan hari Ahad pula mengemas rumah mak.Masuk hari Isnin badan dah letih.

Walau bagaimana pun hari ini masih ada hamba Allah yang sudi belanja budak2 office bersarapan.Macam-macam makanan termasuklah nasi lemak,tauhu sumbat,bubur kacang,kek lapis dan kuih koci berserta minuman teh panas.

Terima kasih pada Zul,Yusai,Nurul,Faridah dan Wan atas sarapan percuma pada hari ini.
Alhamdulillah kenyang saya dibuatnya.Semoga Allah murahkan rezeki anda selalu,berjaya dlm hidup,dan dipermudahkan urusan dlm kehidupan seharian dan menjadi kaki tangan yg komited dlm menjalankan tugas di tempat baru.
Salam "Widad Kamilah"

Kereta Baru Abah

"Saat Yang Menyentuh Minda"
Assalammualaikum

Setelah sekian lama menunggu akhirnya kereta yang dibooking utk kegunaan abah akhirnya dapat juga.Walau pun warna tersebut bukannya warna pilihan abah.Semenjak diserang penyakit jantung dan atas nasihat doktor abah tidak lagi pernah memandu dan kalau hendak kemana-mana kamilah adik beradik yang bertugas sebagai pemandu terhormat abah.Kadang-kadang kalau abah rasa sihat beliau juga akan memandu ke masjid atau kedai yg jauhnya tak sampai 1km dari rumah.Risau juga kalau membiarkan abah memandu sorang2 maklumlah abah dah nak masuk 76 tahun dan mak 66 tahun.
Semenjak dah buat rumah percutian hujung minggu di Melaka mak dan abah kadang2 nak tinggal disana barang seminggu jadi aku dan adik beradik akan menyiapkan kelengkapan dan bekalan makanan dlm tempoh seminggu untuk mereka kerana kedai pun paling dekat 1 km.

Kadang2 terdengar juga abah bergurau2 kata dia nak beli kereta suruh aku dengan adik bayar.Tapi kita orang buat "dek aje".Pernah sekali adik berseloroh...boleh-boleh tapi boleh belah.Selepas aku dan adik fikir masak2 aku pun bukalah mudah dot com mencari2 kereta second hand yang boleh dibeli dan tinggalkan kat rumah Melaka.Kalau abah nak duduk sana barang sehari dua boleh lah dia kekedai, masjid atau rumah kakak dia.Tapi fikir punya fikir dan selepas berbincang dengan adik kami pun merancang utk membeli kereta baru untuk abah.Dulu pun masa kita mula-mula kerja abah yang dulukan kereta dan duit dia untuk kami menapak dan apalah salahnya kita bagi dia gumbira sikit.Adik pula kata kita orang share beli tapi abah tambah sikit dengan duit pencen abah.Abah pun kata ok.
Jadi pada Jumaat 28hb.Mei 2010 dapatlah abah sebuah kereta Proton Saga Auto(Meroon).Nampak gembira dari sinar matanya.Walau pun tidak segagah dulu memandu sekurang2nya abah dapat bergerak ke masjid atau kekedai gunting mamak berdekatan atau kepasar dengan mak.
Pesanan untuk abah Hati2 Memandu dan kalau rasa tak sihat pemandu kedua (Amat) sedia membantu.

Salam "Widad kamilah"

Sabtu, 29 Mei 2010

Salam Takziah

"Detik Yang Menyentuh Minda"
Assalammualaikum

Pada Jumaat 28hb.Mei2010 kembalinya ke Rahmatullah allahyarhamah Hj. Sharifah Norini Syed Kechik isteri kepada Hj. Nordin Hamdan.Kak Pah dan Abg Din panggilan mesra kami sekeluarga padanya.Arwah dan keluarga bukan lagi asing pada kami sekeluarga.Mula berkenalan sebagai jiran dan akhirnya mak menjadi pengasuh kepada keempat-empat anak beliau.Bermula dengan yang sulung Nor Nickman ,Nurul Shahizah,Nurul Shazanah dan Nurul Shuhadah.Mesra memanggil mak dengan panggilan mak @ Mak Bee dan abah.
Sejak dari itulah keluarga Kak Pah dan keluarga ku seperti adik beradik.Hinggakan bila mak balik ke kg di Melaka mesti Nickman akan ikut hinggakan orang2 kat sana dah menganggap Nickman tu macam anak bongsu mak.
Tak pernah aku lupa Kak Pah yg rajin mengambil upah membuat kueh raya terutamanya "kuih tart" dan" mama carries" setiap tahun aku akan bertukar kuih dengan "london almond"ku.
Sejak 3 tahun lalu Kak Pah tak seperti biasa kerana menderita sakit kencing manis dan "mild stroke".Walau pun tak sihat teringat semasa percutian ku dan keluarga beliau ke Jakarta dan Bandung,w.pun lemah arwah sangat bersemangat utk bercuti.
Syukurlah beliau sempat menghadiri majlis perkahwinan Shazana dan dapat melihat menantu sulung beliau.Teringat aku waktu majlis resepsi Shazana walau pun percakapannya kurang jelas beliau bersungguh2 mengajak mak dan aku ke majlis rumah pengantin lelaki minggu hadapannya.Utk tidak menghampakan harapan beliau mak dan abah turut menghadirinya.Itulah hari yg terakhir berjumpa dengan Kak Pah.
Selepas ini tiada lagi "kuih tart" dan "mama carries" dan seorang yg aku anggap sebagai kakak yang mudah dibawa berunding dan mudah mesra.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas arwah serta ditempatkan kedalam golongan hamba yg beriman dan solehah.
Buat keluarga dan anak2 kak Pah Salam takziah dan semoga tabah dengan dugaan dari Allah ini.Setiap yg hidup pasti akan kembali ke asal.Al fatihah.

Salam "widad kamilah"

Khamis, 27 Mei 2010

Makan Free

Assalammualaikum

Minggu ni adalah minggu yang paling murah rezeki buat aku dan kawan-kawan di pejabat.Apa taknya 2 org Peg.Kerani dan seorang Peg. Kerani Kanan ditempat ku mendapat kenaikan pangkat.Tumpang gembira atas rezeki yg mereka terima tapi yg sedihnya tu salah seorangnya adalah kerani yg selalu membantu tugas-tugas di unit ku.Patah kaki rasanya baru rasa lega dapat pembantu tup..tup kena keluar pula sebab kenaikan pangkat.Beliau cepat belajar dan tak susah nak dididik cakap aje apa nak kerja pun jalan.Maklumlah orang pandai sebab ada kelulusan.

Selain itu dua orang anggota lagi akan di tukarkan ke cawangan yang baru dibuka.Apa lagilah nampaknya aku akan kehilangan 5 orang rakan-rakan disini.Unit urusetia apa lagi kenalah arrange majlis farewel utk mereka.Maka semalam dapat lah makan tengah hari free (Nasi Hujan Panas).

Baru kenyang makan nasi hujan panas ada pula Hamba Allah (bos2 ku)yang bermurah hati buat majlis tahlil dan doa selamat keesokan harinya.Urusan makan semuanya diserahkan pd ku.Apa lagi katering De'larislah menjadi pilihan.Dengan nasi briyani, kurma ayam,kari kambing,dalcha sayur dan udang,rojak buah dan papadom serta buah2an dan minuman panas dan sejuk.Malangnya pada hari yg sama aku tak dapat menghadiri majlis tersebut kerana terpaksa berkursus (ISO)di institut.....di Bangi.Dapat makan free gak disini.
Mungkin tiada rezeki disana w.bagaimana pun alhamdulillah tiada masalah yg timbul semuanya ok berjalan lancar.Dengar cerita minggu depan ada lagi Hamba Allah bermurah hati nak belanja break fast pula.

Terima kasih semua ye semoga murah rezeki selalu.

Salam"widad kamilah"

Khamis, 20 Mei 2010

Musibah

"Pesanan Menyentuh Minda"


Hikmah disebalik musibah

1. Melatih diri agar sentiasa bersabar
2. Menyucikan diri dari sifat-sifat tercela
3. Menguatkan iman seseorang mukmin
4. Agar manusia sentiasa lebih dekat dengan Allah
5. Mungkin Allah rindu untuk mendengar rintihan hambanya
6. Musibah juga ditimba akibat manusia memutuskan hubungan dengan Allah.Agar manusia dapat mengambil pengajaran daripada musibah tersebut
7. Menguji tahap iman seseorang
8. Penunjuk bahawa Allah itu Maha Perkasa dan manusia adalah hamba yg sangat lemah dan tidak berdaya apa jua.
9. Musibah menjadikan doa dan taubat itu betul2 ikhlas.
10.Membangkitkan orang yg diuji daripada kelalaian dengan nikmat dunia
11. Musibah yg menimpa hasil drp perbuatan org lain.Orang teraniaya itu akhirnya. dirahmati Allah dengan mengabulkan doa-doanya.
12. Sumber pahala dan kebaikan
13.Musibah menunjukkan bahawa dunia ini hina dan tiada apa2 jika dibandingkan dgn akhirat.
14. Sesungguhnya pilihan Allah adalah pilihan yg terbaik berbanding pilihan seseorang hamba.Begitu juga musibah, ia adalah pilihan Allah buat hambanya.
15.Kadangkala manusia tidak tahu akibat sesuatu perbuatan.Dgn adanya musibah manusia dpt mempelajari sesuatu iaitu 'akibat'.

Renung-renungkanlah

Salam
"Widad Kamilah"

Petikan Dari Solusi

Harapan Dlm Hidup

"Pesanan Yang Menyentuh Minda"

Assalammualaikum

Ada 5 perkara yang yang sentiasa kita harapkan dalam hidup
i. Wajah Yang Cantik
ii. Duit yang banyak dan kesenangan
iii. Kesihatan tubuh badan
iv. Anak-anak yang cerdik dan pandai-pandai
v. Tidur yang nyenyak tanpaa sebarang gangguan

Nabi Muhammad S.A.W berfirman;
Sesiapa yang meninggalkan Solat Subuh tiadalah nur diwajahnya
Sesiapa yang meninggalkan Solat Zuhur tiadalah padanya rezeki yang berkat
Sesiapa yang meninggalkan Solat Asar tiadalah padanya kekuatan badan dan kesihatan
Sesiapa yang meninggalkan Solat Maghrib tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat
DAN
Siapa yang meninggalkan Solat Isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.

(Allah tidak membebani seseorang itu melainkan bersesuaian dengan kesanggupannya - Surah Al-Bakarah ayat 286)

Salam
"Widad kamilah"

Selasa, 18 Mei 2010

Pembantu Rumah

"Kenyataan Yang Menyentuh Minda"
Assalammualaikum

Persetujuan yang dicapai hari ini antara kerajaan Malaysia dan Indonesia terhadap pembantu rumah warga Indonesia yg diberikan cuti sehari seminggu dan dibenarkan memegang passport masing2 akan meningkatkan hubungan harmonis antara pekerja dan majikan.Ya atau Tidak? Apa kata anda...Bernama Radio 24

Entah kenapa isu pembantu rumah ini tak pernah2 habis dan isu ini jugalah yg mengetuk minda ku supaya berfikir laju mencari susur galur masalah kesan dan akibat yang mungkin akan terjadi kelak.Walau pun aku bukanlah ahli dan pakar dalam hal-hal begini tapi tak salah kalau sekadar nak meluahkan apa yang tersirat diminda.
Kemasukan pembantu asing ini banyak memberi kesan samada positif dan negatif.Dari segi budaya,ekonomi dan juga sosial.
Rasanya masalah ni boleh diatasi dari dalam negara dan kita sebenarnya tak perlu bergantung 100% kepada pembantu dari luar sahaja.Apa kata Jab. Kerajaan dan syarikat2 besar yang mempunyai bilangan pekerja wanita yang ramai ni dimestikan oleh kerajaan untuk menyediakan khidmat nursery atau day care centre bagi anak2 kakitangan.Jadi ibu yg berkerjaya ini tak perlulah pening kepala memikirkan samada anak dilayan secara baik atau tidak.Day care centre yg disediakan oleh setiap majikan atau mana2 Jab. Kerajaan itu hendaklah mempunyai kemudahan diperlukan.
Ramai lulusan menengah dan tinggi yg masih mencari peluang pekerjaan boleh diserapkan kedalam bidang ini.Dengan adanya kemudahan ini tumpuan ibu bapa akan bertambah terhadap kerja dan produktiviti boleh meningkat.Kadar tukaran wang yang mengalir keluar boleh dikurangkan dengan cara ini.Begitu juga dengan kadar penganguran.Disamping itu insentif dan galakan haruslah diberi kepada mana2 majikan yang menyediakan kemudahan ini.
Penyelesaian terhadap isu pembantu rumah ini masih boleh diselesaikan diperingkat dalaman.Banyak lagi sumber dalam negara yang boleh digembeling untuk mengatasi masalah ini selain dari bergantung seratus peratus pada tenaga kerja negara jiran.Percayalah kalau dilakukan dengan bijaksana tentu ia akan berjaya.

Salam
"Widad kamilah"

Isnin, 17 Mei 2010

Lagu

"Pesanan Yang Menyentuh Minda"

By D'lloyd
Insaflah wahai manusia jika dirimu bernoda
Dunia hanya naungan makhluk ciptaan tuhan
Dengan tiada terduga dunia inikan binasa
Kita kembali ke asalnya menghadap Tuhan yang esa

Dialah pengasih dan penyayang kepada semua insan
Janganlah ragu atau bimbang pada keagungan Tuhan
Betapa maha besarnya pencipta alam semesta

Siapa selalu berbakti mengasih pada Ilahi
Kan sentosa selamanya didunia dan akhir masa


Salam "widad kamilah"

Ahad, 16 Mei 2010

Doa Ibu Bapa

Assalammualaikum

"Pesanan Yang Menyentuh Minda"

Teringat pesan Dr Fadzilah Kamsah..

Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi mana dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari.Oleh itu jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa samada mereka masih hidup atau pun sudah meninggal dunia.Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus-putus berdoa kepada kedua ibu bapa walau pun ada segelintir ibu bapa yang masih lagi leka dan doakan agar mereka akan berubah.Ingatlah selalu kerana keredaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.Mereka yang lupa berdoa kepada ibu bapa akan disempitkan rezeki oleh Allah.Rezeki bukan saja berupa wang ringgit dan kemewahan tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah seperti makanan,kesihatan,ilmu ,kasih sayang dll.Jadi bagi yang terlupa marilah kita mulakan hari ini.

Salam
"Widad kamilah"

Sabtu, 15 Mei 2010

Mandi Sungai

Assalammualaikum

2 minggu lepas my sis ajak mandi sungai di Ulu Langat bawa budak2 berehat apa lagi semua anak-anak sedara bukan main suka hati dapat mandi sungai.Maklumlah kalau namanya air kanak-kanak mana yang tak suka.Awal pagi lagi semuanya bangun dengan semangatnya.
Adik dengan bekalan nasi lemak daun pisangnya,Kak Izah dengan nuget,sausage dan ayam gorengnya dan aku cuma jadi taukeh air aje.Makanan pun tak perlu bawa banyak2 cukuplah setakat alas perut aje ...bukan apa asyik berendam aje sampai lupa nak makan.

Tempat port yang selalu menjadi kesukaan di batu 22 Pangsun.Its a private area dan berpagar. Kawasannya bersih dan well maintain .Kalau nak masuk satu kepala RM 3.Dalam kawasan tu ada wakaf yang kita boleh sewa RM 30 dengan kemudahan kipas. Ia juga ada kemudahan tandas , paip air dan juga tempat solat. Disebabkan kita dtg awal maka dapatlah memilih kawasan yang strategik.Ia juga menyediakan kemudahan untuk berkursus dan juga bilik sekiranya ada yang berminat nak tidur disana.Masalahnya nama tempat tu tak ingat.

Disebabkan kita tiba awal maka puaslah budak2 tu mandi manda macam tak mahu naik keatas aje dan asyik berendam sampai kembang2 kulit.Bila bebudak dah puas mandi manda tengah hari barulah berangkaat balik.Semuanya kepenatan berendam dan terbayang jelas kegembiraan diwajah mereka. Next time kita pergi lagi okey...

Salam
"Widad Kamilah"

Anak Saudara Baru



Ainul Aleeya Muhammad Hanafiah
Lahir pada Sabtu 24 April 2010.Hospital Ampang Puteri
Anak saudara ku yang ke 15 (1 arwah).Bertambah lah lagi cucu mak dan abah.

Salam
"Widad Kamilah"


Belog saya

Assalammualaikum

Alhamdulillah..akhirnya hajat ku untuk mempunyai blog sendiri tercapai juga.Walau pun sejak selama ini asyik membaca blog orang lain aje tak pernah terlintas untuk membuat blog sendiri.Disebabkan oleh kekangan masa dan M(mim besar atas kepala = malas) hajat tu tertangguh.
Keinginan membuat blog ini adalah kerana selalunya membaca blog PDKM. Hampir setiap hari aku akan membukanya.

Terimakasih pada anak2 saudara ku Mastura dan Diyana yang tak jemu2 mengajar Angahnya yang "rabun" IT ni step by step mengenal apa itu blog . Pada ku tak ada istilah lambat dalam apa saja ilmu. I owe you... and Angah love you all.


Salam
"Widad Kamilah"